"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Archive for Jun, 2007

Masih ada yang sayang—siapa dia?

Pulang dari kamar pensyarah itu, hati masih tertanya tanya apa yang istimewa tentang alamat itu.  kaki kemudian terdetik untuk melangkah ke  Perpustakaan Tun Abdul Razak 3. Alhamdulillah, keadaan lengang. Waktu awal semester seperti ini memang tidak ramai orang yang suka ke perpustakaan. Menapak ke tingkat 2, mata terlihat ke  makmal komputer  di  perpustakaan.  Tetapi  hanya diabaikan. Masih belum punya mood untuk  melihat email atau apa apa  saja.

Sepanjang berkurung beberapa jam di tingkat tiga, sebetulnya masih belum mampu untuk menumpukan perhatian sepenuhnya. Sudah banyak kertas yang terbuang di bakul sampah. Salah pengiraan,  diconteng,  dan macam macam lagi. Kebetulan  handphoneku kuletakkan di dalam bekas alatulis. Kuambil nombor yang tertera di kertas misteri itu dan satu sms singgah di  telefon  si empunya nombor…

Sesi taaruf bermula…

Mulanya dia yang kukenali itu orangnya kelihatan sedikit menakutkan. Tetapi dia tidak merasa aneh dengan kehadiran smsku. Malah dia sempat bertanya, adakah diriku ini memerlukan bantuan?

Agak lama mengenalinya… Kami sempat berbual beberapa kali dan setiap hari sms penyemangat selalu singgah di handphoneku. Mengirimkan salam dari dia dan keluarganya . Waktu  peperiksaan akhir  berlalu… tidak terasa  begitu pantas waktu . Suatu hari sms  darinya kuterima.

Nak  datang  ke rumah kami?


Masih ada yang sayang— kalau perlu hubungi saja…

Assalamu’alaykum wbt…

Beberapa hari berlalu. Persoalan mengenai alamat dan nombor telefon yang tertulis di kertas terbuang itu masih lagi bermain main dalam mindaku. Suatu hari kuberanikan diri melawat pensyarahku yang biliknya berada di tingkat 13. Hehe.. tinggi juga. 13 daripada 20 tingkat!

Adakah waktu melawatku seperti tidak kena? Tidak juga. Dia baru selesai berwudhu’ dan ingin solat. Maka kunantikan dia sebentar di luar sambil menanti dia selesai solat.

“Hah, ada apa awak datang jumpa saya?” Suaranya seperti menyergah tetapi dia hanya tersenyum. sungguh menakutkan kadangkala melihatkan sikapnya itu.

“Encik… saya terjumpa kertas ini dalam kertas kertas yang encik berikan tempoh hari. Masih digunakan?

di kertas itu tertulis:

No. 15 Jalan Sentosa 20, 

Taman Desa Sentosa, Dusun Tua,

43100 Hulu Langat, Selangor

Tel : 03-9021 xxxx, 019-257 xxx, 019-356 xxxx


dia menggeleng geleng… kemudian senyum. senyum dan senyum lagi… Lucu juga Encik M ini…

” Kalau perlu hubungi saja,” itu saja katanya sebelum kumelangkah keluar dari kamarnya… Hampir saja kuterlanggar replika pin bowling yang tersusun di almarinya gara gara terkejut!


Masih ada yang sayang—Pertemuan Hikmah…

Assalamu’alaykum wbt…

Pertemuan dua tahun lepas dengannya masih segar dalam ingatanku. Orangnya sederhana saja, tiada apa apa yang menarik dilihat dari wajahnya. Orangnya juga banyak ketawa dan suka berjenaka. Sesekali suka tersenyum dan gayanya seperti seorang yang tidak kisah akan masalah. Tenang sungguh!

Perkenalan kami tidak disengajakan. Semuanya bermula dari sehelai kertas yang terbuang. Aneh tapi benar. Waktu kuliah, seorang pensyarah yang akrab denganku suka memberikanku  helaian kertas terbuang yang masih boleh digunakan untuk mengira( pelajar electrical sepertiku memang banyak mengira…). Suatu hari selepas bertemunya untuk consultation, dia memberikanku helaian kertas yang agak banyak. Seperti biasa aku berterima kasih padanya dan pulang ke kamar. Waktu belajar, helaian kertas2 itu kukeluarkan dari beg. Banyak juga HADIAH hari ini.. Kubelek sedikit demi sedikit helaian itu. Di antara banyak helaian kertas itu,  tertulis sebuah alamat dan peta. Juga ada nombor telefon. 

Siapakah dia?

to be cont….

(Komen selebihnya di sini) 


~***Sebelum kumencium tanah—nota buat Bunda***~

Sebelum ku mencium tanah
ingin sekali kukhabarkan padamu
bicara cintaku ini
agar nanti tidak ku terlewat
dan ajal datang menjemputku pulang
ke sisi sang Khaliq
Cintaku tidak akan pudar seiring usiaku
dan aku akan mencintaimu hingga akhir hayatku…
semoga kau mendengarkanku
saat ini…

Selamat hari lahir Bundaku…

Catatan ringkas buat bundaku, Aishah Abdul hamid yang menyambut hari lahir hari ini… Selamat hari lahir dari anakandamu…

Komen selebihnya di sini 


~***Kanvas cinta dan tiket ke bulan***~


Kegemaranku sedari kecil adalah melukis. Apa sahaja yang menarik minat dan perhatianku akan kulakarkan. Tidak hairanlah jika pernah seketika dinding di rumah menjadi tempatku melukis…Semua itu terbawa bawa hingga ke alam persekolahan dan aktiviti melukis itu sudah menjadi sebahagian dari kehidupan. Bilik pendidikan seni di sekolah menengah sudah menjadi rumah keduaku dan sungguh seronok menikmati warna. Mencanting batik, membuat wau dan memalit warna di kertas… adakalanya di kanvas. Selepas waktu persekolahan jika tidak disusuli dengan aktiviti belajar biasanya akan ada diriku di situ, kadangkala mengemas dan kadangkala melukis.Jika punya waktu terluang sesekali akan diminta keizinan dari guru untuk memenuhkan di dinding sekolah dengan mural yang sarat motivasi…

Di dalam menghadapi waktu remaja yang mencabar diri, perkara seperti itu adalah semacam terapi yang berkesan untuk membantu diri. Daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa, itulah yang sering kulakukan selain daripada menulis. Apa yang dilihat, apa yang dirasakan, apa yang dibualkan, siapa yang ditemui dan pemandangan yang sering menghiasi mata setiap kali berjalan jalan di mana mana semuanya menarik rasa hati untuk mengungkapkannya keluar.Hasil dari kecintaan terhadap lukisan, mata dan hati semakin terbuka dengan apa yang dirasakan orang lain. Kala kita merasakan seperti itu, orang lain merasakan yang berbeza.Setiap kali melihat hasilku terpamer di ruang seni lukis sekolah dan melihat hasil teman yang lain, rasanya setiap orang melukis apa yang sedang dirasakan dalam jiwanya. Kalau dia sedang berduka… yang akan terpalit adalah warna yang suram dan kelam… kalau dia sedang gembira, warna warna panas akan menghiasi lukisannya.

Ada apa dengan tulisan…
Tulisan mengungkap perasaan yang terdalam. Yang membaca akan merasakan sesuatu yang tidak boleh diungkap dengn kata kata. Boleh membuatkan orang lain menangis, tersenyum dan berfikir. Boleh mendatangkan rasa cinta juga kebencian. Aura dan tarikan dari tulisan seseorang amat aneh. Dan itu terjadi juga pada diriku. Kadangkala hendak mengungkapkan sesuatu dengn kata kata itu terlalu sukar. Mulut senantiasa terasa berat dan adakalanya hati begitu terseksa kerana menyimpan persaan dan semua itu hanya akan mendatangkan kelegaan selepas meluahkannya. Apabila terlalu stress dan setelah semuanya telah diluahkan pada sang Khaliq, maka yang pertama dicapai adalah pen dan buku catatan atau kadangkala langsung ke keyboard komputer. Ada orang yang stress akan melakukan perkara lain. Mungkin makan, menangis atau berjalan jalan. Ada yang boleh terus meluahkannya pada yang tersayang dan ada yang tidak. Ada yang selesa menulis saja sepertiku. Dan bila tiba waktunya segala resah itu akan hilang sendiri dan diri kan tersenyum kembali….

Luahkan.. luahkan… luahkan…
Dahulu pernah ada seseorng bertanya padaku, kalau boleh kita ke bulan dengan kapal terbang, agaknya berapa tambangnya? Mulut tidak dapat menahan ketawa dan terasa ingin ketawa terus. Mahu dicari apa kalau ke bulan? Meskipun apa yang ditanyakan dan difikirkan itu sesuatu yang aneh dan lucu pada fikir kita, tetapi itu tidak bermakna dia tidak boleh meluahkannya. Mungkin padanya itu sesuatu yang menarik untuk ditanyakan. Ada waktunya meluahkan rasa itu amat perlu agar tidak terus dipendam dan menjadi barah.

Sesungguhnya sejak menjadi pengunjung setia hospital sejak beberapa tahun ini, telah beberapa kali mataku terpandang sesuatu yang selalu membuatkanku terfikir. Satu kamar di wad yang tidak selalu dihuni orang, tetapi jika sesekali dihuni akan memberikan satu keinsafan padaku apabila melihatnya. Dia meronta ronta, tidur tanpa pakaian, lelap sebegitu saja di lantai yang dingin. Tidak mahu langsung mempedulikan sesiapa. Adakalanya menjerit jerit dan adakalanya menangis tanpa sebab. Dan yang sering membuatkanku terfikir, mungkin pada waktu sihatnya dia seorang yang suka memendam segala rasa hatinya. Akhirnya menjadi seperti itu kerana tidak pernah cuba untuk meluahkan segala rasa hatinya. Sekarang sendirian dalam dunianya yang bisu. datang juga simpati dalam diri dan janji untuk diri sendiri dan orang di sekeliling supaya senantiasa menjaga jiwa dan saling meluahkan rasa. Jangan sesekali dipendam apa yang terbuku di hati!