"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Posts tagged “DOA

moga syurga untukmu

Hati sayu melihat tubuh kurus itu. Wajahnya cekung. Penat mencari rezeki sepanjang hari. Di hati hanya memikirkan yang tersayang. Terkadang terdengar bunyi batuknya yang hingar di waktu malam… Moga syurga untukmu.


Doa semasa ditimpa musibah

SESUNGGUHNYA kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (al-Baqarah: 156)

Keterangan Ayat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. mengajar umatnya agar beristirja’ dengan lafaz di atas, dalam perkara yang besar mahupun kecil hinggakan apabila sepatu tertanggal sekalipun dituntut untuk membaca doa tersebut di atas.

Orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di atas apabila sahaja kejadian yang berlaku serta menguji keimanan mereka. Mereka harus tetap reda dengan ketetapan Allah itu dan meyakini bahawa Allah s.w.t. sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara yang berlaku itu. (Tafsir al-Mawardi, tafsir ayat 155 surah al-Baqarah)

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Ayat di atas disebut ketika:

* Mendengar berita kematian, kesakitan atau kemalangan

* Ditimpa musibah sama ada besar atau kecil

* Berlaku sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen.