"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" IMAM NAWAWI….

Archive for Mei 6, 2007

~***Muhasabah MODE***~

tuareg-c-big.jpg

Syukurlah kerana dikala kita sedang enak makan dan minum dalam suasana yang selesa, tidur dengan tilam yang empuk dan menikmati hidup yang penuh nikmat, ada diantara kita yang nasibnya terbalik dengan kita…Fikir fikirkan ruang syukur kita itu di mana…^_^

Dan Dia-lah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari kurnia-Nya, dan supaya kamu bersyukur”(An-Nahl ayat 16)


*Bicara Cermin*

46062077_8d1c8bc399.jpg

Apabila anda melihat cermin diri anda, anda akan melihat wajah anda dengan nyata. Jika anda melihat cermin oranglain, anda akan tertipu oleh bayangan di dalamnya. Cermin diri membawa gambaran riang-tangis anda. Jika anda memiliki sebuah cermin perhatikan wajah anda. Apa yang anda lihat itu adalah pernyataan benar tentang wajah diri sendiri. Jika anda cantik, cantiklah anda. Jika anda jelik, jeliklah anda.

Jika kita mencampakkan sesuatu, itu dari tangan kita sendiri dan bukan dari tangan oranglain. Ini bermaksud jika kita bersangka buruk terhadap oranglain, bermakna sifat buruk itu sudah wujud dalam diri sendiri. Mana mungkin kita mengeluarkan jika kita tidak memilikinya, begitulah juga di sebaliknya.

Seorang berwajah indah akan melihat bayangnya pada cermin itu indah. Apabila dia asyik pada dirinya, ia akan memuji-muji dirinya sendiri. Seorang berwajah jelik, bayangan cermin juga turut jelik. Apabila dia melihat dirinya, ia menista (mencerca) sepanjang hari.

Alangkah bahagianya jika kita berwajah indah, samaada sadar ataupun tidak, kita memuji-muji diri sendiri. Alangkah ruginya jika kita berwajah jelik, sadar atau tidak, kita mencaci diri sendiri. Mudah-mudahan kita tidak begitu.

Senyumlah pada cermin, insyaAllah dia akan senyum pada kita.^_^